Quantcast
Channel: Silampuneon
Viewing all 244 articles
Browse latest View live

Power Bank Murah & Terbaik ! (Review)

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh ! haaa jawab jangan tak jawab salamm :) sayang semua laju laju ok !


Power bank ? Apakah itu power bank >? Apa yang power sangat ? La ni...kalau hang tak tau powe bank tu apa..hang memang out dated laaa ...


Kebaikan / kelebihan Power Bank :

  1. Ni ceq nak habaq kat hang...power bank tu battery yang boleh dibawa kemana mana sahaja. Kalau nak guna , kena charge dulu power bank ni. Incase kalau handphone korang takde batery dah..boleh la cucuk power bank kat handphone korang...so lepas ni takdela masalah handphone habis battery...haaaa..
  2. Ha...lagi satu..bukan takat handphone e hang boleh charge..segala macam enis gadget laa yang korang ada..korang boleh charge..yang penting kena ada pencucuk/usb yang betoi...hehe..ta kesah la ipad ke i phone ke, camera ke, semua nya boleh charge ! Senang wooaaa...


Sebenarnye saya pun tak tau pasai Power Bank ni. saya nampak kawan saya guna Yoaboa power bank ke pae jadah tu kan..i tanya laa..pejadah nye benda alah ni...pastu i pun pergi alan-jalan kat Low Yat dan beli satu..murah ja,,,, RM99.00 jaaa...6000watt..boleh charge my Samsung Galaxy Note sebanyak 2kali round...hehe..ok la tu kan !


cara guna...cocok kat handphone..pastu tekan on...hahahha
sekejap e cas pakai power bank..tak sampai sejam batery dah full balik !!

 jjenama cap ayam..made in china
brand : M000
saya tak pernah dengar brand ni hahaha main belasah beli je ritu...



Ok tu ja, i nak share..i dah pakai Powerbank ni selama 3 bulan gak la...ok so far so good ! Sekarang ni semua orang nak beli power bank dan macam macam jenama orang jual.. murah lak tu !! Hahaha beli laa power bank terbaek punyaaa...




Kenduri Kahwin di Kampung Melayu, Rawang :)

$
0
0
Assaamualaikum warahmatullah...


Gambar kenduri kahwin di Rawang...adeke sesat sampai ke hujung dunia rawang ? Ape laaaa...Pening kepala saya bawak kereta...semua orang ON GPS tapi masih lagi sesat hahahahahaha...lawak siot :p


Walaucamne pun.. tahniah kepada pengantin...(selaku anak Kak Zaini, kerani kat sekolah saya) Hehehe...sampai jugak kitorang kat rumah Zaini...besar wooaaaa rumah..cantik pengantinya, sepadan sungguh !! Tapi sayangnya gambar pengantin tak de kat saya.. so gambar kitorang bergambar je yang ada.. hehe..









next wedding ialah !!! Ecah !!!! si gadis berbaju biru dan bertudung unggu !!! lalalaal cant wait !!


Kenduri Kahwin Aishah & Amir : Tahniah !! :)

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh !

 Gambar pendahuluan..hehehe kepak kepak kumbung kumbung !!
ecah..akhirnya ko dah kahwin !!
Me and ecah ? kenal dah lama..belajar sesama di Maktab 5 tahun setengah...
Akhirnya posting satu tempat kerja..now sama sama berhempas pulas di SJKC Sam Yoke..sekolah cina...dah masuk 3 tahun bekerja...
Now..Ecah kahwin !! yeahhhhhhhhhhhhhhh !! Alhamdulillah !



Entah kenapa kali ni, rasa happy sangat sangat ! Gile teruja...sampai hari hari kat sekolah countdown dengan si Ecah..."cah, berapa hari lagi ko nak kawen?" tak sabar aku...hahaha sebenarnya saya yang teruja lebih sebab si minah ni nak kahwen !! Alhamdulillah...hari yang ditunggu tunggu pun tiba akhirnya !!!!!!!!!!!!!!!

Hari yang ditunggu ialah 23 Mac 2013.....hari bersejarah buat si Ecah ni ha...ok ok , sebelum kahwin kena tangkap gambar si anak anak dara dulu ok... hahahaha....gonna mishh you always.. now you bukan anak dara lagi ok.. you bini orang dahhh !! :) ecewahhhh...!!


Jumaat  --> dari KL --> Kulim
Sabtu --> Kulim ---> Baling ---> KL


Hari jumaat tumpang tidur di rumah Norika, Alhamdulillah..terima kasih sangat sangat pada Norika dan famili..sudi terima tetamu tidak diundang ni...hehehe...Alhamdulillah..keesokan harinya..pergi Kenduri Kahwin Ecah...di Baling...dari Kulim ke Baling tak jauh pun :) Alhamdulillah sampai jugak saya kat rumah kawan kawan saya ni..biar jauh..tapi rasa dekat je di hati ecewahhhhhhhhhh !! :)

sampai samapi je rumah ecah...tgk bilik pengantin dia.. wow simple but beautiful gitu :)


nampak tak ada bebola kipas atas tu..ecah buat sendiri tau..kreatif kan ecah ! weeee weee cantikkk

haa yang ni pun  saya nak puji sebab pengantin buat snediri bunga ni heheheh comel kan !!


ohh lauk pauk dia pun saya nak puji sebab sedap giler........
1. kerabu perut kot
2.kuah asam tomato+bawang
3.ayam bakar !!!
4. daging masak kurma kot
5. ada rojak
6.ada laksa weoii !!!!

semuanya sedap lahhhh !! saya tambah dua pinggan !!


KES CURI SELIPAR DI KENDURI KAHWIN ORANG : part paling lawak..sementara tunggu tetamu yang saki baki datang.. saya belasah pakai selipar orang..sebab malas nak pakai kasut high heels saya tu,,. lepas tu...tetiba " cik, cantik kasut cik????"
erskkkkkkkkkk puihhh (nasib bek tak muntah laksa) mintak mahap la yer..tercurik kasut orang hahahaha... kena perli baiik punya dengan tuan punya kasut hahaha...




 Lepas tu ofcossss pengantinya..Ecah dan Amir !! Saya teruja sangat dan happy sangat tengok diorang akhirnya disatukan dalam majlis yang sederhana dan penuh kesyukuran :) Alhamdulillah !!!

aHA...yang lelaki tu pengapit pengantin ye...bukan pasangan saya.. hahahah

tomey kan !! ini dia cik siti norika...bakal berkahwin bulan 6 ni :)


tetiba kahwin dua !! apekess niiii

cantik kan bedroom :)

curik ecah sekejap !!

omai...sangat malu sebenarnye pegang title ni haha..sebab semua orang dah kahwin kan..saya sorang single lagi kekekeke...dah lepas ni aku takmau pegang kad kad camni lagi dah..ni kali terakhir aku pegang kad ni..atas permintaan ecah hahahah ~

 me, amir, ecah., dan khoili attar..thnaks a lot to khoili attar sebab saya tumpang dia balik KL :)

congratulation sayang !

 ok lepas tu syok sendiri...








Comey dan bahagia kan > Alhamdulillah..berkatilah hidup kami ini, Ya Allah !
so much for my happy ending ! lalalalalala !!

Bai bai !

One Sweet Day, Mariah Carey & Boy II Men.

$
0
0


Send "One Sweet Day (Feat. Boyz II Men)" Ringtone to your Cell
 
 

 play lagu ni :)
 린 - One Sweet Day.mp3
 
 
 
Sorry I never told you
All I wanted to say
Now it's too late to hold you
Cause you've flown away
So far away

Never had I imagined
Living without your smile
Feeling and knowing you hear me
It keeps me alive
Alive

[Chorus]
And I know you're shining down on me from heaven
Like so many friends we lost along the way
And I know eventually we'll be together
One sweet day

Darling I never showed you
Assumed you'd always be there
Took your presence for granted
But I always cared
And I miss the love we shared

[Chorus]

Although the sun will never shine the same
I'll always look to a brighter day

Lord I know when I lay me down to sleep
You will always listen as I pray

[Chorus: x2]

Sorry I never told you
Together
All I wanted to say

Selawat Nabi & Kelebihan Selawat.

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh..

Mari berselawat ke atas nabi :)


“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]


Rasa sayu sangat sangat bila tiap kali selawat dalam blog ni kedengaran...huuu..

Harap harap dengan adanya selawat ni dapat kita lembutkan hati hati kita yang keras..disamping mengingati nabi Allah swt yang mulia...


Video selawat nabi
 
Lirik & terjemahan selawat Maulidur Rasul
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya
 


Mari mantapkan rohani sekejap.. :)
Dicopy dari http://bm.harakahdaily.net/index.php/sudut-dakwah/16252-kelebihan-selawat-ke-atas-nabi-saw

Kelebihan selawat ke atas Nabi SAW

Dr Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, 22 Jan 2013
Makna perkataan: “Selawat”. Perkataan selawat berasal daripada perkataan solat yang bererti doa atau pujian.

Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.

Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan daripada-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].

Ada juga yang mengatakan ia bererti taufik daripada Allah Ta’ala untuk mengeluarkan hamba-Nya daripada kegelapan (kesesatan) menuju cahaya (petunjuk-Nya), sebagaimana dalam firman-Nya:

“Dialah yang berselawat kepadamu (wahai manusia) dan malaikat-Nya (dengan memohonkan keampunan untukmu), supaya Dia mengeluarkan kamu daripada kegelapan kepada cahaya (yang terang). Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Surah al-Ahzab: ayat 43).

Hukum berselawat

Para ulama’ telah sepakat menetapkan hukum berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah wajib pada keseluruhannya, tetapi mereka tidak sepakat (ijma’) tentang bilakah masa wajib berselawat dan berapakah bilangannya. Antaranya:
1.  Wajib berselawat dalam masa mengerjakan solat.
2.  Membaca Tasyahud (tahiyyat).
3.  Membaca Tasyahud kedua/tahiyyat akhir.
4. Setiap kali menyebut, mendengar atau menulis nama Nabi Muhammad SAW, ganti namanya atau pangkat kerasulan dan kenabian Baginda SAW.

Arahan Membaca Selawat

Dalam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Sebagaimana dalam firman-Nya di atas tadi, Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Hal ini bermakna membaca selawat itu sangat utama.

Kelebihan Selawat

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]
Hadis yang agung ini menunjukkan keutamaan berselawat kepada Nabi SAW dan anjuran memperbanyakkan selawat tersebut.

Banyak berselawat kepada Rasulullah SAW merupakan tanda cinta seorang muslim kepada Baginda SAW, kerana para ulama’ mengatakan: “Sesiapa yang mencintai sesuatu maka dia akan sering menyebutnya”.

Selawat Paling Afdhal

Membaca selawat untuk Nabi SAW adalah ibadat yang agung dan merupakan salah satu tanda kecintaan kepada Nabi SAW sekaligus menjadi faktor utama untuk mencapai syafaat Nabi SAW di hari Kiamat kelak. Perintah kepada umat Islam untuk membaca selawat untuk Nabi SAW datang setelah Allah Ta’ala memberitahu bahawa Dia berselawat kepada Nabi Muhammad SAW sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.” (Surah al-Ahzab: ayat 56).

Ayat di atas tidak menjelaskan satu bentuk nas selawat tertentu untuk dibaca apabila seorang Muslim hendak membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Namun demikian, terdapat beberapa riwayat yang menukilkan bahawa beberapa orang sahabat Nabi saw telah bertanya Rasulullah SAW cara atau kaifiyat untuk berselawat ke atas Baginda SAW, maka diajarnya kepada mereka.

Antaranya ialah riwayat dalam Sahih al-Bukhari no. 2497 daripada Ka’ab bin ‘Ujrah RA. Sahabat yang mulia ini menceritakan bahawa para sahabat pernah bertanya kepada Nabi SAW tentang bagaimana cara berselawat kepada beliau.

Baginda menjawab dengan mengatakan: “Katakanlah: (*rujuk laman web asal)

Inilah antara kaifiyat berselawat yang diajarkan Nabi SAW kepada para sahabat RA sebagai jawaban kepada pertanyaan mereka mengenai cara berselawat untuk Baginda. Maka adalah logik untuk dikatakan lafaz ini sebagai lafaz paling afdhal dalam berselawat.

Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah mengatakan:

“Yang disampaikan oleh Nabi SAW kepada para Sahabat RA tentang kaifiyah (dalam membaca selawat) ini setelah mereka menanyakannya, menjadi petunjuk bahawa itu adalah nas selawat yang paling utama kerana Baginda SAW tidaklah memilih bagi dirinya kecuali yang paling mulia dan paling sempurna.” [Fathul Bari: 11/66].

Menurut Kitab Mestika Hadis 1/259: “Dan yang seafdhal-afdhalnya ialah selawat yang biasa dibaca selepas tasyahud akhir setiap solat. Hal ini kerana para ulama telah menetapkan bahawa sesiapa yang bersumpah atau bernazar hendak berselawat kepada Nabi Muhammad SAW dengan seafdhal-afdhal selawat, tidak dihukum terlepas daripada wajib menepati sumpah atau nazarnya itu melainkan dengan membaca selawat itu.”

Maka adalah lebih baik apabila lafaz selawat ini yang diamalkan dalam membaca selawat untuk Nabi SAW, bukan lafaz-lafaz selawat susunan seseorang, meskipun bukan larangan untuk menyusun bentuk teks selawat sendiri. Selawat-selawat selain yang diajarkan oleh Nabi SAW kadang-kadang tidak terlepas daripada kekeliruan, baik dalam pemilihan bahasa, mahupun –dan ini yang paling parah– kesalahan dalam akidah.

Lafaz Selawat yang sahih

Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas yang sesuai dengan dalil-dalil yang sahih adalah:

Dari hadis: [An-Nasae’i: 1292, sahih] (*Lihat web asal)

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.

Kemudian terdapat riwayat-riwayat yang sahih dalam lapan riwayat, iaitu:

1.   Dari Ka’ab bin ‘Ujrah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Ya Allah, Berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim]

2. Dari Abu Humaid As Saa’diy RA:
“Ya Allah,berilah selawat kepada Muhammad dan kepada isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berkatilah Muhammad dan isteri-isteri beliau dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Bukhari dan Muslim].

3.   Dari Abi Mas’ud Al-Ansori RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim atas sekalian alam, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Muslim]

4. Dari Abi Mas’ud, ‘Uqbah bin ‘Amr Al-Ansori RA (jalan kedua):
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad nabi yang ummi dan kepada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberi selawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad, nabi yang ummi sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Abu Daud no. 981, sahih]

5. Dari Abi Sa’id Al-Khudri RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad hamba-Mu dan Rasul-Mu, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberkati Ibrahim.” [HR Bukhari]

6. Dari seorang lelaki, sahabat Nabi SAW:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan kepada ahli baitnya (keluarganya) dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan kepada ahli baitnya dan isteri-isterinya dan keturunannya, sebagaimana Engkau telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Ahmad, sahih].

7. Dari Abu Hurairah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat dan memberkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR At-Tohawi dalam "Musykil al-Athar" 3/75, An Nasa-i dalam "Amalul Yaum wal Lailah" no 47. Sahih]

8. Dari Tolhah bin ‘Ubaidullah RA:
“Ya Allah berilah selawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah berselawat kepada Ibrahim sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah telah memberkati keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji (lagi) Maha Mulia.” [HR Imam Ahmad, sahih].

Waktu Afdhal Berselawat

•Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
•Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
•Selesai berwuduk, sebelum membaca doa.
•Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
•Di akhir qunut dalam solat.
•Di dalam solat jenazah.
•Ketika masuk dan keluar dari masjid.
•Setiap waktu pagi dan petang.
•Hari Khamis malam Jumaat.
•Sepanjang hari Jumaat.
•Ketika berada di mana-mana tempat perhimpunan orang ramai.

Demikianlah perbincangan ringkas tentang lafaz selawat ke atas Nabi Muhammad SAW yang dapat dikumpulkan, berdasarkan riwayat-riwayat yang sahih. Sebagai panduan untuk beramal dengan Sunnah dan selawat yang mempunyai kekuatan sanad yang benar dan sahih daripada Nabi SAW.

http://www.abuanasmadani.com

Anti Graviti - Faizal Tahir

$
0
0
Suka lagu ni !! Sangat sangat ! =) Eyh apa khabar semua...saya malas betul nak update blog ! Tapi i will always be back ya !! :) Jom layan lagu best ni...sambil sayu sayu ~





Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru
Bebas berlari

Waktu yang takkan menunggu
Walau jauh ku tetap tunggu
Mahu ku sapu
Mahu berseri selalu
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu

Antigraviti
Aku graviti aku kamu
Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu

Jangan dibimbang
Waktuku tak mati sini
Dan ku mula episod baruku
Mahu ku satu
Mahu kau senyum selalu
Memikirkan diriku yang memikirkan mu selalu

Antigraviti
Aku graviti aku kamu

Saat graviti lepaskan ku pergi
Meninggalkan semua terbang ku tinggi
Ku mula semua baru

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu

Begitu laju
Menunggu saat bersatu
Nantikan aku
Kembali ke pangkuan mu
Dapatkah kamu menerima aku
Mahukah waktu mengubati segala pilu yang lalu
 
Aku pulang
Aku pulang padamu
Kembali ku
Kembali padamu
Aku pulang
Aku pulang padamu
Kembali ku
Kembali padamu

Biarkan bulan bersandarkan bahu
Bintang berlegar di kiri kanan aku
Tetap pulang ku padamu

Cara Bertayamum : Ustaz Don Danial Don Biyajid

$
0
0
 



Cara Bertayammum

1. Menepuk dua tapak tangan pada debu kali pertama untuk menyapu muka.
2. Berniat : Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah
Ta’ala . Masa niat : Ketika mula memindahkan debu dan sehingga menyentuh sebahagian
muka.
3. Menyapu muka.
4. Selesai menyapu muka.
5. Menepuk dua tangan ke debu pada kali kedua untuk menyapu tangan .(Sebelum menepuk
kedua tapak tangan kali kedua, hendaklah dibersihkan kedua tapak tangan terlebih dahulu
dari debu tanah yang telah digunakan).
4. Menyapu tangan kanan dari belakang tapak tangan kanan dengan empat perut jaritangan kiri
dari hujung jari (selain ibu jari) hingga naik ke siku.
5. Menyapu tangan kanan dari siku hingga ke hujung ibu jari.
6. Menyapu tangan kiri dari belakang tapak tangan dengan empat perut jari tangan kanan
(selain ibu jari) dari hujung jari hingga ke siku.
7. Menyapu tangan kiri dari siku hingga ke hujung ibu jari.

Catatan:
  • Untuk menyapu tangan , wajib ditanggalkan cincin , jam tangan dan gelang sekiranya debu tidak sampai di bawahnya. Jika sampai debu, maka sunat sahaja menanggalkannya.
  • Sunat menipiskan debu tanah pada tapak tangan sebelum disapukan ke anggota tayammum.

Syarat Sah & Rukun Tayammum

Syarat-Syarat Sah Bertayammum
  • Menghilangkan najis terlebih dahulu.
  • Tanah debu yang suci.
  • Bukan dari debu tanah yang musta’mal (yang telah digunakan).
  • Ada qasad / niat penggunaan tanah.
  • Menyapu muka dan dua tangan hingga ke siku dengan dua kali tepuk. Tepukan pertama bagi muka dan tepukan kedua bagi tangan.
  • Pastikan terlebih dahulu arah kiblat.
  • Bertayammum apabila telah masuk waktu solat sahaja.
  • Satu tayammum bagi satu solat fardu dan beberapa solat sunat.


Rukun Tayammum
  • Berniat ketika memindahkan debu sehingga menyentuh sebahagian muka. Sahaja aku bertayammum kerana mengharuskan fardu sembahyang kerana Allah Ta’ala .
  • Menyapu Muka.
  • Menyapu Tangan.
  • Tertib.

Bahan Untuk Bertayammum

Debu tanah yang bersih iaitu:
  • Tanah dalam pelbagai warna seperti merah atau hitam. Sekiranya bercampur pasir mesti mengandungi kandungan debu.
  • Tidak dikategorikan sebagai abu.
  • Suci dan tidak bernajis.
  • Tidak musta’mal.
  • Tidak bercampur tepung atau kapur atau pasir yang tidak berdebu.
Tidak boleh bertayammum dengan menepuk meja atau dinding
kerana tidak mengandungi debu tanah.

Hikmah Bertayammum Memberi kemudahan dalam mengerjakan ibadah ketika tidak dapat menggunakan air atau ketiadaan air.

Tayammum

Tayammum dari segi bahasa ialah qasad (mensahajakan). Tayammum ialah suatu kemudahan yang diberikan oleh Allah S.W.T. kepada umat Islam untuk dilakukan semasa menghadapi keadaan yang menghalang daripada berwudu’ atau mandi wajibdisebabkan ketiadaan air atau kerana sakit bagi mengharuskan melakukan ibadah.

Tayammum pada syara’ ialah menyapu muka dan kedua belah tangan meliputi siku dengan debu tanah yang bersih mengikut syarat-syarat yang tertentu. Ia difardukan sebagai ganti wudu’ atau mandi wajib .

Allah berfirman: “…dan jika kamu junub (berhadas besar) maka sucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. …” (al-Maidah (5): 6).

Set Tayammum Innolux

Tayamum

Sebab-sebab Diharuskan Bertayammum
  • Apabila tiada air atau ada air tetapi hanya mencukupi untuk keperluan makan minum.
  • Tidak dapat menggunakan air disebabkan penyakit yang dihidapi atau merbahaya bila dikenakan air.
  • Apabila penggunaan air boleh membahayakan kesihatan dan nyawa.



Antara Sahabat dan Kekasih !

$
0
0
Assalamualaikum..

Sayang sangat dan rindu sangat nak menulis kembali di silampuneon. Rasa sepi dan sayu je bila tak update ye tak. Walaupun tak kire lah ada orang baca ke tak kan ! :) Heherhe...

Hurm...dalam minda saya sering bermain antara dua perkataan ni. Sahabat dan Kekasih...suka saya kongsikan ayat ayat di bawah, sumbernya dari : http://suarahati7766.blogspot.com




Sahabat...
Kita berkawan atas nama keikhlasan
Atas landasan kejujuran
Atas kasih dan kesetiaan
Dan kepercayaan seorang insan

Kekasih
Tersemai kerana satu janji setia
Berlandaskan kesatuan hati
Bercinta kerana lahirnya sayang xbertepi
Dan ingin bersama sehidup semati

Sahabat
Tawanya bukan kepuraan
Sedihnya bukan menunjuk2
Bimbangnya kerna hati terasa bersama
Risaunye kerna kasihnya abadi

Kekasih..
Terkadang perilaku dijaga
Tawa penuh kepalsuan
Jaganya hati kerana kasih seorang kekasih
Namun hati sendiri merana tiada siapa peduli

Dan Sahabat...
Dijadikan tempat luahan
Semua kesedihan dan kegembiraan menjadi satu
Di situ tempat yang tenang
Dialah yang memberikan kekuatan
Untuk sahabatnye tegar dlm kehidupan

Kekasih...
Ada masenye hati menjauh
Ada ketikanya penuh prasangka
Ada kalanya ingin dibelai & dimanja
Dan sememangnye perlu dijaga
Bak luka yang semakin parah utk diubati
Perlu perawatan yang amat rapi

Sahabat....
Selagi namanya sahabat
Silapmu dimaafkan
Rajukmu dihiburkan dengan tawanya
Sakitmu dirawat dengan penuh keikhlasan
Kenanganmu adelah ssuatu yang paling berharga

Kekasih...
Bila suka bukan main di jaga
Bak isi dan kuku
Bila benci, tiada ruang di hati
Seumpama tidak pernah dikenali
Hilang sudah satu persahabatan
Kerna dia bukan lagi sang kekasih..

Sahabat...
Sekali bergaduh pasti gelisah
Berjalan hilang tujuan
Termenung tiada bayangan
Kerna dialah sahabat
Susah senang pasti terikat

Antara SAHABAT & KEKASIH..
Kedua2nya amat bermakna
Tapi Sahabat sekali bergaduh kembali semula
Kekasih.....erm, fikir2kanlah
Sebelum kamu kehilangan Sahabat yang setia..




Ok meh saya nak cerita sad story sikit, bagi yang alert :) Saya susah nak update blog sebab handphone galaxy note saya battery dia dah KONG. Sooo...saya nak tunggu ada duit lebih nanti baru saya ON balik android saya...FOR now...saya pakai balik nokia cokia :) Hahaha...XD Best la pulak BACK TO OLDIESSSSSSSSSSSSSSSSS :)

Babai assalamualaikum !

Allah berilah saya kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini !








Netbook Lenovo Thinkpad.

$
0
0
Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah nanti saya akan blogging back to normal. Sekarang tengah membiasakan diri dengan menggunakan Netbook - Lenovo Thinkpad ni. Dah puas dulu pakai laptop tak reti jaga...now pakai yang kecik pulak. Kononnya macam boleh jaga dengan rapi lepas ni. InsyaAllah. 


Selepas ni, GAMBAR KURANG KUALITI>>>>sebab saya dah TUKAR HANDPHONE...

ok buat masa sekarang ni saya pakai Nokia X2
back to oldiess...nokia cokia !!
tak kesah laa kan.. kalau tak pakai android pun..asalkan boleh call boleh sms... :)





ok babai semua.. sayang korang semua laju laju.. doakan saya tabah dan sentiasa bersemangat dalam berjuang di bumi Allah ni ya...biasalah iman kadang kadang naik..kadang kadang turun...kita kena selalu bersyukur dengan nikmat Allah !

Solat Sunat Rawatib : Sebelum & Selepas Solat Fardu.

$
0
0
Assalamualaikum semua,

Mari kita sama sama perbaiki amalan dan tambah amalan kita. Kalau sebelum dan selepas solat fardu tu, boleh saja buat solat sunat rawatib sebanyak 2 rakaat..mudah saja kan ? Simple, tak sampai 5 minit pun ! Soalt sunat 2 rakaat ni boleh dilakukan pada setiap solat fardhu kecuali selepas subuh dan selepas asar ye...Jom tambah amalan ye !

suka tengok gambar gambar orang memuja Allah ni...tanpa kira dimana berada..kalaulah aku seperti itu !










SOLAT SUNAT RAWATIB


 Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas. Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardu.

FARDHU
SEBELUM
HUKUM
SELEPAS
HUKUM
Subuh2 rakaatMuakkatTiadaTiada
Zohor @ Jumaat4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat4 rakaat
2 rakaat
Muakkat - 2 rakaat
Asar4 rakaat Tidak MuakkatTiadasembahyang sunat diharamkan selepas fardu Asar hingga terbenam matahari)
Maghrib2 rakaatTidak Muakkat2 rakaatMuakkat
Isyak2 rakaattidak Muakkat2 rakaatMuakkat


عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ حَفِظْتُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah SAW tidak meninggalkan solat (sunat) 10 rakaat iaitu 2 rakaat sblm Zohor, 2 rakaat slps Zohor, 2 rakaat slps Maghrib, 2 rakaat slps Isya dan 2 rakaat sblm Subuh. Hadis riwayat Ahmad dan Turmizi (dlm riwayat yang pelbagai).
Terdapat beberapa hadis yang menerangkan mengenai kelebihan Sunat Rawatib.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الْفَجْرِ

Dari Aisyah RA, Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan  solat (sunat) 12 rakaat, Allah akan membina rumah baginya di syurga ; iaitu   4 rakaat sebelum Zohor  dan  2 rakaat pula selepas Zohor, serta 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat  selepas Isya dan 2 rakaat sebelum Fajar.” Hadis riwayat Turmizi.    
 

NIAT SOLAT RAWATIB

أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ قَبْلِيَةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Sebelum nya kerana Allah Taala.أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat  Selepasnya kerana Allah Taala.






Himpunan Sunnah Rasulullah S.A.W !

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah...


Alhamdulillah...saya tengok makin lama makin ramai manusia akhir zaman ni nak berubah kearah kebaikan... tgk sajalah dah ramai artis perempuan yang mula berhijrah pakai tudung...insyaAllah mula dari bertudung, lepas tu dah tak buat perkara perkara terlarang yang lain...malah..yang lelaki pula..ramai yang ada kesedaran nak dekatkan diri ke arah aktiviti keagamaan. InsyaAllah...sama sama kita mencari hidayah Allah swt..

Entri kali ni saya kongsikan himpunan Sunnah Rasulullah...ada yang kita tahu dan tidak tahu malah, ..ada yang kadang kadang kita tahu tapi tidak mengamalkan...so apakata kita baca, dan amalkan sunnah rasulullah s.a.w ... dapat berkat dan pahala lagi :) Jom sama sama kumpul pahala jom ! :)

Himpunan Sunnah Rasulullah S.A.W !
- pakaian ikut rasulullah s.a.w-

- peribadi ikut rasulullah s.a.w-

- 7 sunnah rasulullah s.a.w-

- perbualan ikut rasulullah s.a.w-
- menjaga kesihatan diri ikut rasulullah s.a.w-


- mendidik anak ikut rasulullah s.a.w-

- minum ikut rasulullah s.a.w-

hikmah mengamalkan sunnah rasulullah s.a.w

- pakai serban ikut rasulullah s.a.w-
 

hikmah berselawat ke atas nabi

- hikmah makan kismis mengikut rasulullah s.a.w-

- sedekah ikut rasulullah s.a.w-

- sahur ikut rasulullah s.a.w-



Dunia Hanya Pinjaman, Akhirat Kekal Abadi.

$
0
0
Assalamualaikum semua :)



Hua...makin lama makin malas dan takde masa nak blogging...what is happening ? Huaaa...rindu nak blog laju laju ! Sedar tak sedar, kita dah nak masuk bulan Mei ! Sungguh pantas masa berlalu kan ? Huhuhu...sekejap je...rasa banyak lagi azam yang belum tercapai ":(






Masyarakat sekarang



Sekarang ni kat facebook macam-macam orang buat video untuk menarik perhatian orang ramai...dari Gangnam style, harlem shake, giyomi...apekejadah laa semua tu. Memalukan je saya tengok..tak kurang juga yang orang terpelajaran pun nak mengikut sama buat benda benda macam tu..toksah la ye..buang masa..takde faedah pun..kalau saya yang buat video camtu..mau kena baling batu dengan masyarakat hahaha ~ 

kalau kita mengaku muslim..jom jadi macam ni !



Musim PRU



Ha...lupa nak tanya korang undi mana ? Hahaha..saya pun runsing nak pilih mana..tengok tengok calon sorang pun takde yang beragama Islam...sorang pun calon yang saya tak kenal...hahaha..so camne nak pangkah ni ? Kalau taknak mengundi boleh tak ?? Kepada korang semua..selamat mengundi lah ye...tak kiralah kita ni parti kerajaan ke..parti pembangkang ke..jangan dilupa asal usul kita, kita masing di bumi Allah yang sama, saudara se-islam...jadi jangan kita berpecah belah..



Rohani resah

 
Lately rasa sunyi sepi sangat sangat...ecewahh...jujur ni ! Bila kita sengsorang, kadang kadang setan pun suka nak dekat tau...bila setan suka nak dekat, mula lah dia nak hasut kita supaya jauh dari Allah swt !...Rohani ni...makin resah..sebab tidak terisi dengan perkara perkara baik...Allah, kurniakanlah aku sahabat sahabat yang boleh menunjukkan aku jalan kebaikan...  


 Doa dan harapan.


Sesungguhnya aku tidak memerlukan kesenangan dunia ini melainkan dengan redha dan berkat dari Allah swt...sesungguhnya rela aku sendiri jika dengan manusia buat aku lupa dan hanyut dari Allah swt...Sesungguhnya ya Allah...hanya engkau maha pelindungku, pemeliharaku, hanya engkau maha penyayang lagi pengasih...takkan kuat aku berdiri di muka bumi ini kalau tidak kerana Kasih Sayang MU...kurnikanlah hamba mu ini semangat dan kekuatan agar aku sentiasa berusaha untuk MENCARI MU...sesungguhnya Dunia ini satu pinjaman..yang benar lagi kekal itu adalah AKHIRAT...moga aku tidak terleka ya Allah !!!


kalau tak berteman jadikan Iman itu sebagai teman !




Mood : Rindu...rindu siapa ?? Hehehe...rindu Allah swt...rindu Rasulullah...rindu my parents sangat sangat ! :)



Malaysian Food Calorie Count : Makan Apa Hari Ni ?

$
0
0
 Assalamualaikum !

Yeah...mood nak diet sudah mari...akibat terlampau senang hati dan senang lenang sangat...berat badan sudah bertambah. Jangan tunggu sampai dah terlambat baru nak diet dan makan pelbagai jenis ubat ubatan untuk menguruskan badan..jusmate lahhhh london slimming lahhhh...herbalife laaaaahhhhh...hahaa...so sekarang ni kena diet untuk maintain kan berat badan..ecewah !

Bak kata orang, segala penyakit datangnya dari apa yang kita makan ! ayaaaa...hati hati ya ! saya kena hati hati ni lately suka sangat menguyah junk food ! ~~wuaaa

Haa ! Harini korang makan apa ? Baik korang check kat Malysia Foos Calorie Count ni...korang cume perlu tick korang makan apa, then automatic dapat jumlah kalori yang korang ambil seharian ! tadaaaa !!! takot saya tengok bila saya tick banyak banyak terkejut berganda tgk jumlah kalori yang saya dah pelahap !





 Malaysian Food Calorie Count
 Berapa banyakah kalori yang anda makan pada hari ini? Sila tanda kan pada kotak kosong disebelah kiri anda dan biarkan kalkulator kalori menghitungkan nya untuk anda.. Kalkulator ini akan diupdate dari semasa ke semasa..
 
 Makanan
Kalori
Cooked plain rice (1/2 cup)
83.5
Cooked plain rice (1 cup)
167
Mee soup (1 bowl)
383
Chicken rice (1 plate)
278
Fried meehoon (1 plate)
294
Fried egg (1)
95
Fried kuey teow (1 plate)
321
Nasi Beriani (rice only)
440
Nasi Lemak (1 plate)
389
Ikan bilis sambal (2 tbsp)
252
Capati (1 piece) served with 1/2 cup green gram gravy
376
Roti canai (1 piece) with 3 1/2 tbsp dhal
332
Fried pomfret (1 piece)
143
Cooked beansprouts (4 tbsp)
82
Cooked spinach with anchovies (5 tbsp)
32.5
Fried ikan kembong (1 piece)
111
Chicken curry (1 medium piece)
195
Burger keju - (1 piece)
124
Fried chicken (1 piece)
255
Wholemeal bread (2 slices) with 1 tbsp margarine
217
Kangkung belacan (4tbsp)
96
Rojak (4 tbsp)
182
Long beans with taucheo (3 tbsp)
55.5
Chicken kurma (1medium piece)
175
Murtabak/mutton - (1 piece)
722
Burger lembu/Beef burger - 1 piece145
Cheese Cake - (1 slice)400
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup414
Laksa Kari - 1 bowl589
Nasi Lemak - 1 complete644
Mee Goreng Mamak - 1 plate660
Mee Rebus - 1 plate556
Mee/Bihun Goreng - 1 plate510
Laksa Penang - 1 bowl436
Sup Krim - 1 rice bowl 375
Nasi Briyani Kambing - 1 plate587
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate664
Nasi Goreng Biasa - 1 plate 637
Sotong goreng tepung - 1 small plate630
Rojak Buah - 1 plate443
Pasembur - 1 plate752
Chapati - 1 plate 100
Nasi Dagang - 1 plate410
Mee Hoon Bandung - 1 bowl250
Thosai - 1 piece80
Chicken satay (5 sticks)
50
Satay daging kambing (5 sticks)60
Satay daging lembu (5 sticks)82
Chicken nuggets (5 pieces) & french fries  - 1 plate 177
Spaghetti with cheese and meat sauce - 1 bowl440
keju chedar 1 keping58
Pizza berkeju (sepotong) 240
Nasi goreng bertelur (sepinggan)635
Nasi briyani berayam (sepinggan)880
Ikan kembong goreng (seekor) 140
Ayam goreng (sepotong)225
 Buah-Buahan
Kalori
Watermelon (1 small slice)
37
Guava (1 small slice)
41
Kiwi fruit (1 small slice)
34
Lychee (5 fruits)
59
Papaya (1 small slice)
56
Mango (1 medium)
226
Dates (5 fruits)
89
Red apple (1 medium slice)
63
Starfruit ( 1 medium slice)
54
Avocado (1 medium slice)
289
Mata kucing (10 whole, small)
29
Pineapple ( 1 medium slice)
59
Yellow pear ( 1 medium)
36
  Snack/Kuih
Kalori
Pineapple tart (1 piece)
15
Cekodok pisang (1 piece)
179
Red bean porridge with coconut milk (1 bowl)
101
Chocolate swiss roll (1 slice)
36
Curry puff (1 medium)
129
Pisang goreng (1 piece)
117
Wajik (1 piece)
65
Kesari (1 medium piece)
172
Kuih pau kacang merah (1 small piece)
34
Kuih appam balik (1 piece)
245
Kuih pau kacang merah/Red bean dumpling - 1 biji/1 piece80
Kuih koci pulut hitam (1 piece)
180
Popia goreng (satu)130
Popia basah (satu)95
Karipap (sebiji)130
Sandwich sardin (sekeping)70
Bubur kacang (semangkuk)100
 Minuman
Kalori
Tea with 2 1/2 tsp skimmed milk & 1 1/2 tsp sugar
79
teh tarik - 1 glass  (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice 83
minuman berkabonat 1 tin 285g120
Coffee with 2 1/2 tsp skimmed milk & 1 1/2 tsp sugar
79
minuman kotak 250g 105
 Jumlah Kalori Makanan Yang Anda Ambil : _______________ !!!!



Petua & Cara Membersihkan Hati.

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh !




Sabda Rasullah S.A.W. yang bermaksud : " Di dalam diri manusia ada seketul daging, manakala daging itu baik, baiklah seluruh anggota lahir manusia. Jika seketul daging itu rosak maka seluruh anggota lahir manusia itu akan rosak. Itulah dia Hati."


Hai semua...saya lagi ! Yela...sape lagi kalau bukan saya..nurul @ neo! Eh eh eh...perasan tak..iman kita ni kadang kadang turun naik..kadang kadang rasa macam nak jadi  baik baik...tapi kadang kadang terlintas juga niat nak buat jahat...see? Si Syaitan berjaya menmbusi hati..dia kan makhluk halus ! Ofcos lah dia boleh duduk kat mana saja dalam anggota badan kita yang dia nak...malah..dia suka duduk kat hati kita..dan hasut kita buat perkara perkara terlarang...jahat kan dia !!!!


Ohya...thank you semua blogger yang masih lagi rajin komen blog silampuneon ni..saya ada spare time harini sebab Cuti Hari Buruh ! Yela..keje cikgu je..makan gaji je...lalalaa...anyways anyhow , i should say Alhamdulillah ! Syukran !


Tentang hati...betapa rapuhnya hati saya ni...yela dengan diri yang kurang sempurna, kurang berilmu...saya terkadang jatuh...Lemah rasanya. Saya tahu saya tak cukup kuat untuk menepis segala godaan si Syaitan durjana tu. Terkadang saya lupa diri...sebab tu lah saya sangat perlukan sokongan semua orang supaya saya sentiasa berwaspada dan beringat ingat...


Jadi, tatkala hati dan minda saya diserang perkara perkara yang kotor seperti marah dan baran, takbur, riak, hasad dengki, benci dan iri hati..saya menjadi terlalu lemah. Tak berdaya rasanya...yang mampu saya buat adalah  solat, baca quran dan zikrullah. Itulah senjata yang saya ada untuk memerangi Syaitan supaya tidak menguasai diri dan tindakan saya...


Cerrrr ape kata kita sama-sama baca dan ambil petua ni kalau kita berada dalam situasi -hati-kotor- ni...:


PETUA :  Datuk Haji Fadilah Kamsah.
Petua Membersihkan Hati
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. (Diolah oleh Datuk Haji Fadilah Kamsah)

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur - Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya... ... (perkara yang elok- elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik,berjaya, ceria, bersemangat,aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya -
8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat

14) Berkawan dengan ulama

15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)

16) Pesan pada orang, jadi baik

17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut... dsb), jangan dengar orang mengumpat.



PETUA :  Ustazuna Muhadir Bin Haji Joll

Ustazuna Muhadir Bin Haji Joll pernah beberapa kali ditanya mengenai penyakit hati. Di sini saya sertakan beberapa persoalan dan jawapan yang dikemukakan oleh Ustazuna Muhadir.

1. Soalan : Bagaimanakah cara untuk membersihkan hati yang kotor akibat makanan yang syubhah dan haram ?

Jawapan : Tinggalkan makanan yang haram terutama yang tidak mempunyai tanda halal. Balas dengan makanan yang baik-baik seperti air zam-zam dan kurma. Hadir ke majlis aqiqah dan sebagainya, hadir ke rumah Syeikh. Kalau orang soleh datang rumah ke kawasan kita, sunat untuk suruh Syeikh tersebut datang ke rumah kita, jamu beliau dengan makanan dan biarkan beliau solat sunat dua rakaat di rumah kita. Gantikan kejahatan dengan kebaikan melalui istighfar.


2. Soalan: Bagaimanakah untuk membersihkan hati sebab dosa ?

Jawapan : Bersihkan dahulu tujuh anggota yang zahir.


3. Soalan : Bagaimanakah cara untuk melembutkan hati ?

Jawapan : Jaga tujuh anggota yang zahir. Banyakkan beristighfar dan bacalah kitab Penawar Dari Hati. 


4. Soalan : Bagaimanakah cara untuk menyucikan hati ? 

Jawapan : Jaga tujuh anggota zahir. Kosongkan hati daripada sifat-sifat mazmumah. Pertama, kenali dahulu sifat-sifat itu, kemudian lawan dan tazkiyah diri melalui mujahadah dan zikir. Jangan mengikut nafsu. Allah akan beri cahaya kalau kita sudah menyediakan tempat untuk cahaya tersebut. 


5. Soalan : Bagaimanakah untuk mengelak hati daripada mati berkali-kali.

Jawapan : Banyakkan berzikir dan hadiri majlis ilmu. Jangan kita tidak mendengar hadis melebihi tiga hari. Hati yang mati itu tidak boleh menghayati.





Suka saya untuk kongsikan bersama semua...alunan istighfar...taubatan nasuha dari youtube ni...
sayu je rasa...



P/s : Saya nak minta maaf kalau saya tak mampu nak tolong semua orang. Rasa kesian jugak bila tak dapat tolong orang ni...ada hikmah sebalik setiap perkara tu kan ? Allah maha mengetahui :) Take care ya semua...


Qasidah Istighfar Video & Lirik

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh !


Salam sayang untuk semua ! mari kita sama sama istighfar ..sambil play youtube ni ada jugak pahala kita dapat dari asyik tegok Giyomi Giyomi tak berfaedah tu... Istighfar ni salah satu kebaikannye penghapus dosa dan mententeramkan jiwa =) Kalau dalam kesusahan dan jiwa resah...beristighfarlah :) InsyaAllah hati akan kembali tenang..dan masalah akan ada jalan penyelesaiannya...insyaAllah.

Banyak kelebihan kalau kita istighfar ni, dalam entri seterusnya akan saya kongsikan pula kelebihan istigfar...alaa copy paste je pun kan ! Takpe sharing tu penting sebab benda yang baik perlu dihebah hebah kan ye tak..jangan makan sorang sorang ! :) Love you alllzz...



Qasidah Istighfar Lirik 


Click..untuk dengar alunan Qasidah Istighfar yang sayu...








Astaghfirullah  baroya

Astaghfirullah minal khotoya (2x)

Robbi zidni i`lman nafia`
Wawafiqni a`malan maqbula
Wahabli rizqon wasia`
Watub a`laina taubatan nasukha (2x)

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Walihaza sirri adu` fi yasari wa a`sari
Ana a`bdun soro faqri inna faqri waddhirori
Inna faqri waddhirori

Astaghfirullah robbal baroya
Astaghfirullah minal khotoya

Walkafani i`lmu robbi
Bil suali wakhtiyari
Ya Ilahi wa maliki
Anta ta`lam kaifa khali (2x)

Astaghfirullah robbal baraya
Astaghfirullah minal khotoya






sumber : http://bellahumaira.blogspot.com/2012/04/qasidah-istighfar-lirik-qasidah.html

Handphone Jenama Samsung Tak Best & Cepat Rosak !

$
0
0
Assalamualaikum,

Ini kali lah ~ saya sangat geram ! Handphone saya mcm tettttttttt la....OK, mula mula handphone galaxy note saya tak boleh pakai sebab battery dah mcm ikan kembung. Bukan takat battery kembung je, kadang kadang stuck, ada garisan bergerigi bila on handphone mcm garisan takde siaran tu...dan kadang kadang skrin jadi warna biru...gila semacam telefon ni. Ok dah malas nak cerita pasal Samsung Galaxy Note tu. Malaslah nak tukar battery baru sebab mesti mahal ! Saya ni kedekut orang nyer ~ 

Semalam kakak pulak sedekah Samsung galaxy Wonder yang dia dah tak pakai dah. Konon happy lah dapat pakai handphone android..pastu bila charge tak boleh pakai gak. Ni mesti kes usb hub problem ni....mulalah saya nak benci semua brand SAMSUNG ni kan !!!!




Now BACK TO NOKIA.



Hidup Perlu Diteruskan...

$
0
0

I know that some of you are grieving, 
I can see through that gloomy eyes,
I can sense that sorrow heart,
No one will understand how bad you feel, i never will.
But what i can just say is,hold on, stay strong..
Have faith, never give up !
It might be stormy now, but it cant rain forever !




P/s : Untuk sahabat sahabat ku...aku tahu kamu bersedih hati, sabar ya...




Carta BMI : Berapa Berat Ideal Anda ?

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah !

Hoorey ! Now saya semangat balik nak blogging maraton macam dulu dulu. Sebab bila pakai netbook ni senang sikit nak bergonjeng sana kemari. Takpe, as long kita share benda benda yang bermanfaat dan tidak melanggar syariat Islam di sini, insyaAllah...Allah will grant you pahala betul tak ? Jadi tak salah kalau kamu jadi blogger tegar sekalipun ;p

Ohya ! Adakah saya obses untuk menjadi kurus ? Yela mana tak nya, kawan kawan kata, "woii neo, cukuplaa ko da kurus watpe nak diet diet lagi !!!" "woi neo tak elok kurus kurus ni" Haaaaaha ! Yeah, sungguh prihatin kawan kawan ku ni...

Cettt...ya saya taknak gemuk ! Takmau sumpah takmau ! Sebab saya pernah gemuklah saya taknak gemuk lagi ! Dulu berat badan saya mencecah 62 kilo waktu zaman muda dulu...now 47 kilo im not gonna be fat again Seriau !

kalau tak caya tengok entry ni : i pernah overweight you allz..

psss...Kalau muka saya cantik macam rita rudaini, saya gemok pun takpe...tapi masalah nya saya tak lawa cam diorang...bila muka tak berapa nak lawa, so kena jaga badan...cerrr korang bayangkan..muke dah la tak cun, badan pun tak cun ! Ayooo...saya nak jaga badan saya wooo...tapi nak keep fit and healthy. 

Ok kawan kawan, mengikut BODY MASS INDEX dibawah, saya tergolong dalam group HEALTHY yeahhhhh...ok terima kasih bagi tepukan gemuruh untuk nurul aina zakaria !! (sambil tunduk menari ballet~)

status : 
berat : 48kilo (dah naik sekilo setiap kali makan! ciss)
tinggi : 154 (pendek dan renek jerrr)
IM helathy !!!  (warna HIJAU)



Tun Mahathir Sedih, Kenapa ??

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh...








Suka untuk saya kongsikan disini sebuah artikel dari utusan tentang luahan perasan Tun Mahathir tentang bangsanya...bangsa Melayu...siapa bangsa melayu angkat tangan ? Siapa yang duduk kat tanah melayu angkat tangan ? siapa yang duduk senang dan bahagia di tanah melayu yang merdeka angkat tangan ? 

Ye ye...kamu, kamu dan kamu lagi...sorry to say, saya pun malu dengan bangsa saya sendiri...malu sebab betul kata orang, Melayu MUDAH LUPA...ALmaklumlah, kadang kadang kita bercakap ikut sedap mulut..kita lupa asal usul kita...kita lupa nak bersyukur...kita lupa pada siapa yang telah berjasa banyak untuk memerdekakan tanah melayu :,(

Tak kesahlah korang dari parti politik yang berbeza ke ape, apa yang penting..sedar sedarlah siapa diri tu...jangan lupa daratan...Allah swt akan tetap bagi kemenangan pada yang benar...tapi tolonglah sedar ye semua..

Bila baca artikel ni, sumpah rasa sedih sangat...cubala korang baca...dan fahami kenapa Tun Mahathir sedih sangat dengan bangsa dia...





MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN TUN MAHATHIR. MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH? SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri. Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka. Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah. Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.  Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.  Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun. Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.  Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong. Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka. Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British. Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka. Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.  Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan. Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan. Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang. Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini. Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957. Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah. Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah. Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.  Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka. Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini. Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain. Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.  Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut. Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.  Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.  Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain. Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri. Artikel dr Utusan
MARILAH BERSAMA LUANGKAN MASA UNTUK MEMBACA TULISAN
TUN MAHATHIR.
MENGAPA TUN MAHATHIR SEDIH?
SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.
Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.
Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.
Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.
Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.
Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.
Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.
Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.
Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.
Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.
Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.
Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.
Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.
Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.
Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.
Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.
Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.
Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.
Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.
Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.
Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.
Artikel dr Utusan



Lagu Warisan (Anak Kecil Main Api...)

$
0
0
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh..


Aku rasa kalau kita dapat berada kat suasana real masa perkara ni berlaku...aku bersumpah akan lebih bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...huh..


Terpanggil untuk berkongsi rasa disni...ingat lagi tak lagu ni ? Anak Warisan... dulu dulu kita pernah nyanyikan bersama ? Dalam barisan, kita berdiri tegak..tersedu sedu sambil nyanyi lagu ni...Huaaa !!!! Sedih gila kot !!!! ~ tak tahulah kalau ada yang takde perasaan bila dengar lagu ni kan ~ 


Jangan sebab ikut perasaan, kita benci siapa yang memerintah kita, jangan sebab kita tak dapat apa yang kita inginkan kita nak bubar semua benda...Bawak bertenang, semua benda boleh bincang beb ! Jangan sebab manusia dalam kerajaan tu buat hal buat taik, kita nak gadaikan semua..bawak bersabar...bawak istigfar..doakan mereka dapat hidayah..ok...kalau nak cakap sal hak..memang semua orang ada hak..ini bumi Allah.. kita kena sama sama berkongsi..tapi ingat , ingat, ingat tolong ingat di mana asal usul kita...jangan maruah dan negara tergadai :,(


Dalami lirik ni.. Anak kecil main api...

entah sapa punya gambar pahlawan ni aku amik...kalau diorang tahu la tanah melayu ni jadi lagu ni sekarang..berpecah belah...mesti dorang nangis air mata darah...nyesal dan sia sia usaha dorang ..mati sana sini demi mempertahankan tanah air dari dijajah orang inggeris..huaaaaa sorry laa beb...




Lirik Warisan (Anak Kecil Main Api)


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia



Bila saya bukak facebook, waah ramai yang tukar profile picture jadi warna hitam laa...biru la...watever..sebab saya tak taksub sangat politik ni..sukati korangla...sekarang ni baru saya sedar...dimana bumi saya berpijak..walau apa yang terjadi pun..saya tetap akan berpegang pada bangsa dan agama...saya tetap akan sanjung tinggi terhadap tokoh tokoh negara yang telah memerdekakan tanah air saya yang saya cintai...siapa kata manusia tak buat silap? Dunia makin mencabar kan...kita harap dan kita doakan supaya pemerintah..orang atasan semua dapat hidayah...dan moga pemerintahan lebih adil dan saksama, juga tenteram...itu sudah mencukupi amin !


Setuju juga dengan pendapat seorang manusia yang menetap di Singapura, Nur Faizah Ibtahim


Setuju dengan kawan saya kat facebook ni, dari Faizal Rais.


Semoga terbukak pintu hati UMNO dan PAS bergabung mjadi satu secepat mungkin pertahankan kedaulatan raja berpelembagaan,agama ISLAM diutamakan segala wajib,hak bangsa melayu trus dipertahankan,amin ya robbal alamin!
Lihat lah PAS gabung ngan DAP ape jadi?DAP lg menang banyak kerusi dlm pakatan,ini nyata revolusi org kafir ingin mhancurkan org Islam,memecah belahkan sesama Islam,bangun lah agamaku buka mata berfikir dgn akal,hadith rasul allah tu benar,,bersatu lah kite seagama,pertahankan agama,bangsa dan tanah air kita,tempat tumpah darahnye kita,kembali kpd al quran dan hadith berpegang teguh dgn ini insyaallah kita dijanjikan kekuatan,dan kemenangan dr allah swt...ayuh jgn bazirkan masa dengan 5 tahun yg baru ini,bayangkan pakatan yg menang semalam memerintah pula,carta yg tertingi dalam pakatan adalah DAP adakah sistem perlembagaan yg dipertuan agong,agama islam dan hak melayu dipertahakan tidak mungkin sekali,buka mata,lembutkan hati tanya iman!!! berjuang dijalan Allah SWT

Thank you Allah beri peluang!
#pejuang islam angkatan tentera#


kongsi bagi besar sikit !...anyway..tahniah yang dapat kerusi tu...sila buat kerja baik baik ya !!!




So are we grateful enough ? Huhu tanya iman....
Toksah duk perang yaaaa...sayang menyayang..cinta dikenang..perasaan menjadi rinduuuuu woooaa woaa..


Viewing all 244 articles
Browse latest View live